Jumaat, 30 Disember 2011

Pagi jumaat yang indah...

Assalamualaikum.....ermmmm Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi ana peluang untuk bernafas pada hari ini...hari ini 30 december esok genaplah umur ana 24 tahun...subhanallah tanpa ana sedari lebih 2 dekad ana hidup atas muka bumi ini....
esok yang menanti menjanjikan satu lagi episod dalam kehidupan...
tapi episod hari ini sudahkah selesai? tamat? tidak semudah itu....kehidupan realiti tidak seperti kisah2 dalam drama yang yang di siarkan di kaca tv...hakikatnya terlalu perit untuk kita ketahui kesudahan episod dalam hidup kita...
mungkin ianya tidak susah bagi mereka yang memiliki...tapi bagi mereka yang tercari2 adakah ianya sesuatu yang mudah untuk di sudahi...

ana bukanlah sesorag yang bebakat dalam menulis naratif2 yang indah untuk tatapan setiap orang namun minat ana terlalu dalam...mungkin ianya terbias dari ummi ana yang satu ketika dahulu seorg penulis cerpen & scrip drama...ermmm sukar untuk di tafsirkan ada minat tp tidak berbakat...itu adalah tanda Kekuasaan Allah...

Di pagi yang indah ini....di saat ana buka buku untuk study....aduiii kenapalah malas sgt ni???...buka je buku rasa mengantuk..laa, alamk baju tak basuh lagi..aishhh macam2...ingatkan nak pergi library..tapi cam malas pulak...lgpun hari ni hr jumaat..semakin la malas...xpelah study kat rumah jelah...alih2 lepas bace paper onlline ermmm update diary lah jap...entah2 papelah ana ni....ok take time...

oh yaa...ana sekarag tengah berusaha untuk habiskan novel warkah cinta berbau syurga karya ustaz ubaidillah...ermmm kelakarnya...macam out off date la ana ni...yelah orang lain dah berzaman baca novel ni dah siap bace sambungannya tapi ana baru terhegeh2 nak baca...huhuhu..... bukan ape ni baru ana berpeluang nak bace novel sebelum ni terlalu busy...ana pun xtau bz dgn perkara ape....tapi alhamdulillah ana berpeluang juga bace novel ni...novel yang sarat dengan pengajaran dan panduan untuk remaja2...

penulisan yang hebat dari penulis yang hebat....begitulah yang dapat ana  ungkapkan disini....sedikit masa dulu adik ana zahraa pernah bagitau ana " eh bacelah novel wcbs best tau.." ana jwb "yeke, xde masalah nantilah"...zahraa " rugi tau lau x bace"...ana " yeke rugi"...memang siapa yang tak bace novel ni memang rugi..tapi kalau yang baca novel ni dari kalangan mereka yang tidak cintakan ilmu agama apa yang mereka tahu...ana bukan pandai2 kata macam ni..tapi ianya hakikat...berbeza dengan bila pertama kali ana baca sinopsis kat belakang buku ni, hati ana berkata ana mesti baca novel ni...membaca sinopsis pun ianya dah membuat hati ana terkesan...
tapi bila tengok bahan2 hiburan cepatnya...." eh sedihnya bila dengar lagu ni...eh xleh lupalah citer 2... oh my God that story motivate me..." itulah masyarakat kita pada hari ini...ana tak nak kata lebih sebab ana pun tahu diri ana tidaklah baik sangat sebab ana pun tengok juga citer orang puteh, tengok juga citer korea, tengok juga citer jepun pendek kata semua ana layan.....itulah kehidupan....setiap kita ada kelemahan masing2....

justeru itu ana ingin ke arah yang lebih baik...biarlah tidak sesempurna mereka yang mendalami ilmu agama tapi biarlah lebih baik dari mereka yang jahil...ana ingin perbaiki diri yang semakin hanyut dalam arus kehidupan hr ini...

berbalik cerita tentang novel tadi...betapa indahnya akhlak Amir Mukhlis sehingga ana sendiri pun terasa Ya Allah...Kau kurniakanlah kepada aku insan sebaik Amir Mukhlis....untuk menjadi khalifah dalam hidup aku untuk membimbing aku ke syurgaMu...untuk mengajar aku Erti sebuah kehidupan...untuk bersama2 aku menengakkan AgamaMu...untuk aku menjadi Muslimat yang mulia di pandanganMu...supaya aku menjadi wanita solehah...." itulah yang dirasakan oleh Wardah di saat Allah menghadirkan perasaan itu kepadanya....

tetapi layakkan aku???

semua orang berkata " lelaki baik untuk wanita baik" sejauh mana takrifan itu???
baik macamana? adakah dengan hanya bertudung..solat 5 waktu, puasa itu sudah di kira baik???
atau mereka yang menpunyai akhlak yang baik...??? sukarnya untuk menafsirkan maksud baik itu...
terkenang pula waktu ana belajar di sekolah dulu....bila orang tanya maksud sesuatu perkara ana mesti tanya balik...ermmm nak dari segi ape? lughah or syarak...kelakar betul semua nak ikut dalam kitab tapi itu lah environment and moment indah pelajar sekolah agama....dan bila sesuatu perkara berlaku atau hendak di lakukan...mesti ada dalil yang menyokongya...baik aqli mahupun naqli....indahnya....Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah berikan ana sesuatu yang terlalu bermakna dalam hidupku sebagai hambaMu...

ehhh...sambung lagi tentang novel tadi...ermmm bila baca novel ni, ada bahagian2 yang penulis ketengahkan itu seakan2 terkena dengan diri ana...yelaaa nama pun cerita tentang pelajar2 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan.....mestilah enviromentnya seakan2....masa ana sekolah dulu...pantang bila ada pertandingan nasyid...hahaha...kelakar lakss..mane tak nya...mesti sibuk nak skodeng pelajar2 lelaki sekolah lain...itulah kami pelajar2 perempuan...tapi bukanlah kami mengofferkan diri..cuma sekadar tengok dari jauh..nak2 lagi bila pelajar2 dari maahad muhammadi...maklumlah mereka kan pelajar2 pandai....( opsss nak cari yang pandai tp x sedar diri)...tapi betul bila baca novel ni ana rasa ana kembali ke zaman ana bersekolah dulu...and ana dapat mengetahui oowhhh macam tu kehidupan mereka kat Mesir..kawan2 ana ramai yang belajar kat sana....jeng2 jangan tak tahu, cita2 ana dulu pun nak sambung belajar kat mesir juga...tapi bila ummi tak bagi ana terimalah mungkin bukan jodoh ana nak belajar kat University paling femes kat dunia..ana redha..tapi dalam redha ana mengamuk juga...hehe.. nak macam mane ana mengamuk...

after dapat result spm ana apply semua universiti kt malaysia...ummi tanya tak nak ambil STAM ke??? ana jwb, ambil wat gapo bukan bleh g mesir pun...ummi kata lagi ambil stam x semestinya g mesir, boleh je msuk u kt malaysia ni....tapi ana malas nak fk dah..bila dapt tawaran ke uitm ana terus terima...tanpa fikir panjang...ermmmm dan akhirnya ana cm menyesal plakss...huhu..bg ana dulu tiket nak ke mesir adalah stam...tapi biarlah semuanya dah menjadi kenangan dan ianya dah berlalu hampir 6 tahun...mungkin ada hikmahnya...hanya Allah yang tahu keupayaan setiap hambaNya....

Masyaallah panjang pula ana berceloteh yang xde faedah ni...ermmm ok laaa nak sambung study pulakss...insyaallah lau ada masa bleh sambung lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Happy Birthday tickers