Sabtu, 31 Disember 2011

Alhamdulillah....

dingin dinihari menyapa lembut tubuhku...
gemersiknya riuh kicauan burung...
bertempiaran sang keluang tatkala cahaya fajar mula bersinar
di ufuk timur terbitnya bebola merah yang akan menyinari hidup setiap makhluk...
saat yang indah pasti akan hadir dalam hidup setiap insan...

31 December 1987....

keluh kesah seorang ibu akhirnya membawa kepada satu kemanisan lahirnya puteri yang di dmbakan olehnya..
di saat dia mengandungkan puterinya biarpun bermacam2 dugaan menimpa di teruskan juga, di tabahkan hati..agar permata hati mendapat tempat di bumi Allah ini..

hari berganti hari...tahun-tahun telah berlalu....puterinya kian membesar..meningkat dewasa perih jerih yang di alaminya dalam mendidik puteri2 hanyalah Allah yang tahu...kesedihan...kegembiraan bercampur baur...namun kasih sayang seorang ibu tak pudar walau sebesar zarah sekalipun....itulah ibu...

31 December 2011

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu...di atas nikmat kehidupan yang Kau anugerahkan kepadaku....
Terima kasih di kurniaan IBUBAPA yang mendidik aku supaya menjadi insan yang berguna...menjadi hambaMu yang taat...menjadi UMMAT Muhammad yang mengenali NABInya...menjadi KAWAN yang SETIA kepada SAHABAT...menjadi PELAJAR yang tahu menilai erti kejayaan TIDAK akan DATANG bergolek tanpa USAHA yang JITU....

UMMI.....
tiada kata yang mampu aku zahirkan sebagai ucapan terima kasih di atas setiap pengorbananmu...sepanjang tempoh yang aku lewati...ummi selalu di sisi...mendegar segala rintihan, rungutan dan celoteh ak yang sememangnya amat memenatkan....

UMMI
terima kasih di atas jasa mu mendidik aku sehingga aku terlakar sebegini...
terima kasih di atas masa2 mu yang kau sanggup gadaikan untuk menjaga kami adik beradik...
terima kaih di atas setiap nadi mu yang kau sanggup pertaruhkan demi masa depan kami...
terima kasih di atas nasihat dan amarahmu yang membuatkan kami sedar bahawa dunia hari ini penuh dengan dugaan...
terima kasih kerana menerima aku sebagai anakmu pabila Allah memberimu pilihan....

AYAH
terima kasih di atas setiap keringat yang kau bazirkan untuk kami...
terima kasih di atas nasihat dan amarah mu dalam mendidik kami untuk menjadi insan yang terbilang...

UMMI & AYAH....

terima kasih untuk kasih sayang yang tiada penghujungnya...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Happy Birthday tickers