Halaman

Isnin, 26 Mei 2025

Untuk mereka yang aku sayangi....

May 2025...

Menghampiri June 2025 genap setahun pemergian arwah Cik dan dalam tempoh ini masih basah sepasang mata ini. bukan aku meratapi tapi aku menyesali kerana aku biarkan kesempatan yang ada berlalu begitu saja. 

2017
Saat khabar duka kami terima selepas 21 tahun pemergian arwah cek husin.
Arwah pokmat pergi.....
tiada kata mampu aku ungkapkan sedih yang teramat hingga tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan melainkan sepatah ayat 'Cik'...
Bertahun aku cuba untuk berdamai dengan takdir yang arwah dah tiada tapi seringkali juga minda menyatakan bahawa arwah masih lagi ada tapi dah lama tak balik kampung.
Gila ke aku?????

Aku bukan saja hilang pakcik tapi aku hilang kawan gaduh,guru,juga banker tiap aku sesak time study dlu... Arwah pernah cakap masa dia tgh study nanti bila dia dah kerja dia bagi kat aku duit elaun untuk aku. Ye dia bagi..... dan bila aku kerja Alhamdulillah aku sempat belanja arwah walaupun tak seberapa nak di bandingkan dengan apa yang dia bagi dulu.

Tahun berganti tahun...
dan kesedihan itu masih lagi bersamaku...

2021
Arwah mek sakit masuk hospital, nak balik tak boleh sebab masih dalam tempoh PKP, ye covid yang di ciptakan oleh manusia dah akhirnya menyusahkan manusia sejagat.
Aku pernah doa pada Allah agar aku di beri kesempatan yang terakhir untuk berbakti kepada orang yang aku sayangi, mungkin doa aku tidak bersungguh-sungguh dah akhir aku hilang kesempatan itu untuk selamanya...
Sebelum subuh aku minta 'Mek tunggula ore balik, mek janganlah g lagi' dengan nekad hati nak ke balai polis untuk minta permohonan balik kampung.
selepas subuh hati ni terdetik kalau xlepas lagu mno, sakit habis rasa bila mikirkannya.
Dan akhirnya terkeluar dari mulut ini, " jika sudah sampai masanya mek g, g la mek.... tak payah tunggu ore... Ya Allah permudahkanlah urusan mek hilangkan semua kesakitannya....
Usai ayat terakhir surah yasin dengan itu masuk wasap yang menyatakan mek takdok doh suara dari doktor yang di forward ke dlm group family.
aku rasa kosong... kepala yang serabut tadi tiba tiba kosong....
pandangan kosong...
entahlaaa 
aku bagitahu suami yang aku nak balik tak kira apa pun...
aku ke balai polis bangi, minta kebenaran nangis2 aku dalam balai polis...
kata polis perempuan tu, alaa nenek je pun......
andai aku boleh maki kat situ mungkin aku dah tarik tudungnya....
memang nenek.... dia nenek yang aku cintai yang menjaga aku dari kecil hingga ke hujung usianya.
Dan kami pulang juga walaupun tak sempat melihat mek buat kali terakhir...
Hati ini menangis lagi rasa bagai di hiris hiris pedihnya tiada siapa yang tahu...
Biarlaaa aku dan Allah yang tahu betapa hati dan perasaan ini sedikit demi sedikit menuju ke garisannya.....

2023
Sesak nafas, sakitnya dada seakan alam ini terhenti dan jiwa ini kembali kosong...
lebih menyakitkan bila mana aku tak mampu untuk melangkah... kaki aku terikat, tangan aku tergari tiada apa yang mampu aku katakan, hanyalah "maaf su... yu xleh nok balik' nanti yu g rumah baru su deh... Allah... ujian untukku... dan aku tidak dapat melihat su buat kali terakhir...
dulu pernah aku berjanji dengan su, nnti su duduk dgn yu la deh...su angguk dan janji itu akhirnya hanyalah tinggal janji yang tak mampu aku kotakan...
ingat dulu masa tahun 2000, g rumah ayah wea, make kfc... masa tu make beger share dengan su, zingger beger... su oyat sedapnya buger ni... jilat jari make... yu ingt lagi muka su masa tu, tapi tulah berebut juga hahaha....Allah rindunya.....
dan sebelum su pergi, yu sempat beli dan suapkan su makan zingger burger tu, walaupun mungkin su xingt doh kita pernah make sama sama 23 tahun yg lalu.... mungkin juga kata-kata hati su dan akhirnya Allah memberi ingtan kepada yu, padahal buke xleh nok beli belanja su makan tapi nok oyat sibuknya dengan urusan dunia sapa terlupa pada janji tu...
dan untuk kesekian kalinya aku menangis sendirian.....
andai aku mampu undurkan waktu... adakah aku akan lebih menghargai insan-insan yang menyanyangiku....

2024
Dia insan hebat... tersangat hebat dimataku... Insan yang sentiasa ada dalam setiap doaku bersama umiayah mekcek...

Cik... 
membesarnya aku seiring usiamu...
kisah kita...
banyak kenangan kita walaupun dalam kesibukan aku mengejar dunia...
kisah blender hingga ke hari ini masih lagi aku ingat
dan kisah air cenepe yang sentiasa dirimu ulang ulang...
rindu cik.... rindu sangat
peluk cium itu tak lagi aku mampu rasa...
hanya kiasan dalam hidup seaakan terasa dirimu memeluku
erat...erat... penuh kasih sayang...
kata-katamu yang sentiasa memberiku nasihat
akanku ingat hingga hujung usiaku...
kisah kentut ayam dan bokbong...
bedtime story yang akan sentiasa tergiang2 di telingaku...
rindu hamparan toto-toto di tengah-tengah ruang tamu rumah mek...
memenuhi segenap ruang... riuh suara kami terhenti khusyuknya mendengar ceritamu...
childhood kami terlalu bermakna hingga kini aku masih merindui saat-saat itu....
Kenangan kita terlalu indah...
Sebagaimana pesan cik di pertemuan kita yang terakhir

' Ingatlah memori kita bersama'

akan ku abadikan semuanya hingga hujung nafas ini, rindu yang tidak pernah hilang hingga ke syurgaNya...
Ku pohon pada Allah agar pertemukan lagi kita di sana di negeri yang kekal selamanya,
ku pohon pada Allah agar diri ini sentiasa dalam ingatanmu....
kasihku padamu takkan pernah pudar kerana dirimu aku menjadi aku hari ini...
terima kasih untuk semuanya....

Di penghujung may 2024, aku bersyukur sangat... Allah memberi aku kesempatan...
Namun di saat terakhir aku sekali lagi tidak mampu untuk berada di sisi cik untuk terakhir kalinya...
Sekali lagi aku rasa kosong... tapi kali ini kosong yang pedih, amat sakit umpama di tikam berkali kali...
aku merintih... aku menangis... tapi apa kan daya aku... tiada kesempatan untukku...
jika mereka bertanya kenapa aku tidak pulang di saat mek,su & cik pergi....
kerana aku seorang isteri...
cukuplahhhh mungkin ini ujian untukku...
dan mungkin Allah tahu yang terbaik untukku....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan