Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota,
Takutkan Ilahi…
Aduh!!!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia,
Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komnunikasi ku tundukkan,
Mengawal hati formuls kekuatan,
Aku berazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang di cemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi,
Ku inging hadiahkan cinta suci
Buat insane yang kunikahi
Dengan Allah sebagai juri
Bukan nilaian nafsu sendiri….
nukilan fatimah syarha.....
Alhamdulillah dapat juga saya hayati novel ni... hampir 3 tahun saya tinggalkan hobi yg satu ini...
yupp.. masa... ia terlalu limited untuk saya.... tugas sy sebagai pelajar byk memerlukan saya untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan dengan bidang study... dan kalu ade yang terluang saya banyak habiskan masa dengan kawan2 dan juga aktiviti2 sbg pelajar...
CINTA HIGH CLASS......
saya rasa memang sepatutnya di miliki oleh semua lapisan masyarakat tak kira siapa pun mereka, peringkat usia... penuh dengan nasihat yang terus dari Baginda Rasul.. berdasarkan hadis-hadis dan juga amalan baginda sendiri...
Allahuakbar jujur saya katakan... di saat saya membaca novel ini ade getar dalam hati dan diri ini... ade bahagian yang menyebabkan saya mengalirkan air mata keinsafan... yeeaa mengenangkan banyaknya dosa dan khilaf diri ini...
suka dengan prinsip hidup Qaniah Syumaila.... Insahaallah... saya akan berusaha untuk mensolehahkan diri dalam mengharapkan yang soleh..
petikan dr novel CHC
' jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan aneh ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita'
knapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah
Itu tanda jauhi fitnah
knapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah
Itu tanda jauhi fitnah
Itu tanda sebuah mujahadah....
part ni pun best jugakkk.....hehehe
apa guna berwajah kacak jika baca al-Quran pun merangkak-rangkak. Apa guna berwajah cantik jika pukul sepuluh pun tak celik-celik. Kalau nak melihat rajin atau tidak rajin seseorang itu, lihatlah pada pukul berapa dia mulakan harinya."
so sapae2 yang rasa perlukan sesuatu..... novel ni dapat menbantu anda....
# membaca amalan mulia... # hehhee <3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan