Rabu, 28 Ogos 2013

tercabarkah saya???

hai Assalamualaikum....

ermmmmm tercabarkah saya..??? bunyi seolah-olah satu perkara yang sangat penting dan perlu di ungkaikan..
perkataan itu hadir dari mulut adik saya apabila majoriti kawan2 saya, baik ketika sekolah rendah dan menengah telah selamat melangkah ke alam baru iaitu dari menjadi seorang anak kini bergelar seorang isteri ataupun suami... bahkan ada diantara mereka telah pun bergelar abi dan ummi.
Subhanallah cepatnya masa berlalu saya rasa baru semalam kami tinggalkan alam persekolahan.
tanpa kita sedari masa itu beredar dengan pantas...

jawapan saya untuk setiap soalan mereka hanya tersenyum dan jawab kenapa nak tercabar setiap orang Allah dah tentukan bagaimana cara hidup masing2.. cuma tinggal untuk kita membentuknya menjadi sesuatu yang bermafaat atau sebaliknya..
sama juga dengan perkara ini, mungkin jodoh dan rezeki mereka cepat berbeza dengan saya.. mungkin ade perancangan yang lebih baik untuk saya dari Allah...

di muka buka aka facebook banyak page islamic perihal jodoh... rezeki.. kehidupan kita dan macam2 lagi..
ayat yang berunsur kata2 semangat untuk mereka yang sedang diuji oleh Allah...
memberi sedikit ketenangan barangkali..

sejenak saya terfikir bila melihat gambar2 kawan2 yang sekarang sibuk dengan pembesaran anak2 mereka tipu jika saya katakan tidak tercuit hati ini.. keleteh anak2 sebenarnya satu hiburan.. dalam hati kecil ini terus berdoa dan beristigfar... moga Allah permudahkan segala urusan...InshaAllah... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

bersangka baik dan terus berusaha dan berdoa... sabar itu indah.... akan hadir hikmah dan kenikmatan dan rahmat bersama dengan sabar itu....

fasobruunjamil..... InshaAllah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Happy Birthday tickers