Halaman

Isnin, 21 Januari 2013

~ Rinduku untukmu.~

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah malam ni...sy berkesempatan menekan kekunci laptop biarpun pinkam lappy kawan sy..maklumlah lppy sy dah sebulan lebih sakit tanpa ada penawarnya lagi... masih tercari2 akan penawarnya....

agak lama sy tidak berblog... di sebabkan kekangan masa.. yup
Alhamdulillah sy akhirnya sy berjaya melepasi saat2 getir dalam hidup sbg student uitm dengan berakhirnya final exam tepat jam 5.45 pm pada petang jumaat nan indah bersamaan 18 june 2013 bersamaan 6 rabiulawwal 1434 hijrah...

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada yang Maha Esa... Insyaallah biarlah natijahnya sebaik2 nya...

berbalik kepada entry di atas.... sy nak kongsikan di sini...sepanjang sy study tuk exam radio ikim.fm menjadi peneman sy....

sebab ape dengan ikim sy peroleh ketenangan,motivasi diri untuk menjadikan sy lebih berusaha...

pada petang jumaat 11 jan sy ad mendengar pogram usrah kalau tak silap sy... masa tu sy tengah study tuk paper audit.. sambil dengar ikim...

YA ALLAH  betapa sy rasa satu keajaiban di mana sy terasa betapa tenangnya hati di saat itu...

dan yang paling saya terkesan saya menanggis apabila mendengar tiap2 kata yang keluar dr ustaz yang menjadi naqib untuk usrah itu...

dimana ada seorang yang kedekut.... kedekut untuk berselawat kepada Baginda Rasulullah saw....
dan setiap kali ada program maulud nabi.. dia tidak menyambutnya kerana baginya ini adalah bid'ah dan tidak sepaptutnya di sambut...
tetapi
pada suatu malam dia bermimpi (kalau tak silap sy...) berjumpa dengan baginda rasul, yang di mana baginda bersalam2 dengan para hadirin atau jemaah di situ tapi baginda tidak pula bersalam dengannya bahkan melihat pun tidak...
dan 
lelaki ini bertanya kenapa baginda tidak melihat ke arahnya dan die perolehi jawapannya kerana kejahilannya dan kedekutnya die hanya untuk berselawat ke atas Baginda Rasul saw....
 dan kini lelaki itu menjadi orang yang pertama berdiri tiap kali tibanya Maulud Nabi Muhammad saw....

dan

betapa kurangnya ilmu yang sy ada walaupun setiap sirah jujungan mulia sy suruti namun tidak pula sy ketahui tentang kisah saidina Abu Bakar menangis ketika ummat islam bergembira untuk kemenangan ke atas kaum kafir...
dan apabila Asma bertanya kenapa ayahnya menanggis sedangkan kita patut bergembira saat ini...
jawab Saidina Abu Bakar....
tidakkah Allah mengutuskan seorang nabi itu untuk menyempurnakan sesuatu agama dan sekarang agama Islam telah pun sempurna.... dan tibalah waktu yang di janjikan oleh Allah....
maka fahamlah Asma bahawa telah hampir untuk Kekasih Allah kembali kepadaNya....
dan menangislah Asma bersama2 ayahnya....

betapa hati sy tidak dapat menahan tangisan ini.... dan sy tahu yang sy juga rindu akan Baginda...

 
 
Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa



Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga



Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah



Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah
Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat



Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu



Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa



Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
                                        Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..
(copy dr http://anna-insan.blogspot.com/2012/09/kasih-padamu.html)

dan saya menanggis lagi

apabila naqib memberitahu bahawa baginda berpesan kepada Abu Hurairah

" janganlah bersedih kerana kamu akan berjumpa Aku (Baginda) di mana2 sahaja.. di Titian Sirat atau ketika berada di Mizan"

Ya Allah betapa hati aku merindui KekasihMu.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan