Ahad, 25 Disember 2011

Mencari keteguhan iman yang semakin pudar harumnya...





petang tadi bila ana buka fb...ana tertengok gambar2 ahli2 usrah imtiaz yang buat xtvty mereka kat pantai...ermmm ana tiba2 rasa sayu, sedih yang tidak dapat di gambarkan dengan kata2...betapa kuatnya..teguhnya ikatan kasih dan ukhwah yang terjalin di antara bait imtiaz...Subhanallah ana begitu terkilan kerana ana tak dapat nak jaga usrah sakinah sebaik2nya....

kami anak2 usrah as-sakinah entah kemana halatuju kami selepas masing2 melanjutkan pelajaran...di hambat kesibukan sebgai mahasiswa mugkin jua kekangan masa yang menghantui...namun itu tidak boleh di jadikan sebgai alasan...bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak maka seribu dalih yang diberi...

Ana akui...dalam ramai2 ahli bait ana yang hilang tanpa khabar berita...ana yang menyendiri...masa mula2 ana masuk uitm...adalah sekali dua bila balik ana akan ke sekolah dan tanya kalau ada majlis2 yang melibatkan ahli bait...tapi sekarang bukan setakat nak ikut serta dalam program tapi tanya khabar ummi sa pun ana jarang2...ohhhh bukan jarang tapi memang ana senyap terus...malu sebenarnya...

dulu ana ingat lagi tiap kali pergi ke sekolah bila cuti semester ummi sa akan cek ana punya tudung labuh...ermmm nak tengok sama ada tudung ni ana sentiasa pakai or masa nak datang sekolah baru nak pakai dengan kata lain nak tengok ada bau almari ke tak...Subhanallah begitu sekali ummi ingin menjaga anak2nya...
tidak mahu anak2nya terus hilang di buai arus kehidupan yang semakin menyesatkan.. ( rindunya pada ummi sa)....

Kemanakah menghilang ahli bait usrah as-sakinah...????

ana masih tercari2...kasih yang tersemai dulu kemana hilangnya...
dimanakah ahli2 usrah yang ana cintai....
rindu di hati ini semakin membuak2...pada siapa harus ana luahkan???


Betapa ana cemburu melihat usrah imtiaz yang begitu teguh kasih n sayang d antara mereka...
betapa ana cemburu melihat keakraban mereka...

dan sampai saat ana tertanya2 kenapa Allah mentakdirkan ana keluar dari jalan yang Allah Redhai iaitu ana menjauhi dr bidang agama...kenapa Allah meletakkan takdir ana menjadi pelajar perakaunan bukan pelajar bidang keagamaan...kenapa ana perlu melanjutkan pelajaran di uitm bukan di usim...bukan uia seperti cita2 ana dahulu...???

Setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya....tanpa ana sedari...mungkin manis pahit itu adalah ujian dr Allah untuk lebih kuat..lebih tabah dalam menjalani liku2 hidup sebagai pejuang di jalan Allah..sebagai Mujahidah yang akan menegakkan agama Allah...

Tersedar ana dari mimpi yang panjang...Yaaa...ana akui ana mesti mencari jati diri yang semakin hilang...di mana ana bermula dan mengapa ana harus bermula sedemikian rupa...jalanan yang masih lagi panjang dan penuh dengan liku2 kehidupan yang tiada siapa tahu kesudahanya....

Lautan yang terbentang luas punyai berbagai2 cerita..kisah hidup setiap manusia...
Langit yang terbentang indah punyai pelbagai tafsiran kisah setiap manusia...
Bumi yang terhampar menanti berjuta rasa kisah setiap manusia....

terkenang saat2 indah menjadi pelajar Maahad Yaakubiah....
betapa ana merindui saat itu...tetap segar dalam ingatan dan sanubari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Happy Birthday tickers