Sabtu, 7 November 2015

berertikah hidupku???

tanpa sedar masa begitu pantas bergerak... hakikatnya hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan... ermmm last post kt blog usang ni ogos 2014 sekrg dah nak masuk november 2015....

Allahuakbar... cepatkan masa berlalu, sesekali tu tergerak kt hati andai ku dpt putarkan masa ingin aku ubah semuanya....kih kih


Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yg Allah berikan...

menyentuh alam pekerjaan sememangnya jauh berbeza dgn saat aku masih bergelar pelajar, walau sesibuk mana pun seorg pelajar tu masih lagi punya masa untuk berblog laaa, tengok movie, lepak dgn kawan2... tapi bila dah kerja ni semuanya jadi limited. sebab setiap saat yang berlalu itu sangat berharga. dulu bangun tdo pun lambat xrasa ape pun, tp skrg lambt ckit rasanya Allah yg tahu betapa ruginya.

benar apa yang org kata, setiap yang kita tempuhi itu membawa sejuta makna, setiap yang kita lakarkan dlm kehidupan sehari2 kita bermula dari kita bangun tdo... pergi kerja, balik kerja hinggalah kita tdo kembali membawa pelbagai pengertian.

menginjak usia yang semakin matang, ia membawa aku menyelami kehidupan ku sendiri,
pencapaian dalam hidup, apa yang aku miliki apa yang mampu aku miliki dan apa yang telah aku sumbangkan, beertikah hidup aku ini terhadap insan-insan di sekeliling aku.

Justeru aku perlu perbaiki setiap lopak dan calar yang mewarnai hidupku, biarpun ku tahu calar itu tidak akan hilang biarpun pakai polish melainkan aku tukar yg baru, tapi sekurang-kurangnya aku telah cuba... usaha untuk hilangkannya....

Alangkah beruntungnya insan2 terpilih tapi aku juga beruntung kerana lihat lah dunia hari ini, penuh dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Lihatla saudara2 islam kita.... palestin.... syria.... betapa mereka mendambakan keharmonian hidup tapi Allah uji mereka dgn pelbagai kehilangan..
Tapi ternyata jiwa mereka begitu kental,teguh... kerana bg mereka Allah Maha Mengetahui...
Perjuangan ini Lillahi taalaa... sungguh aku cemburu dengan mereka....

Ku lihat diri ini tidak punyai apa2.. jiwa kosong lemah... Allah... alangkah ruginya diri ini... alangkah malunya aku jika satu saat nanti bila mana kita berkumpul di hadapan Allah...
Tiada kebanggaan yg ingin aku pertontonkan di hadapan kelak....

Ya Allah..... berikanlah aku sedikit ruang untuk aku perbaiki diri ini....
Namun.andai takdirMu sebaliknya aku pasrah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Happy Birthday tickers