Halaman

Kisah cinta antara kita....


“Kenapa dengan kamu ni ,nur? kenapa kau harus  membuat keputusan yang semacam itu?kita masih  boleh fikirkan cara lain ,” kata pemuda di hadapannya itu.
 “  sekadar bercakap memang senang ,tapi apa yang harus aku lakukan lagi  di,”
“takkanlah kau tak boleh pujuk ibu bapa kau , kita dah lama  bersama-sama hampir lima tahun,  kenapa kau harus pergi tatkala aku masih perlukan kau. Aku sayangkan kau, selaku sahabat  yang paling rapat dengan kau ,aku pasti berasa perit untuk kehilangan kau . aku sayangkan persahabatan kita.lama terjalin. Kita bagaikan isi dengan kuku,  mana mungkin kau bisa pergi . trylah pujuk ibubapa kau. Hanya lima bulan je lagi sebelum kita menamatkan zaman persekolahan kita. Ini tahun akhir kita bergelar pelajar.”panjang lebar keluhan wan zabidi .
“di , aku tahu semua  itu , aku juga sayangkan kau sebagai sahabat sejatiku mana mungkin  aku bisa meninggalkan kau, kau terlalu baik padaku kaulah sahabat dunia akhiratku . tapi siapalah kita untuk melawan takdir ini kita harus terima segala ketentuan ini. Aku menatap sepasang mata bundar dihadapan ku ini. Redup. Sudah cukup untuk membuatkan aku tenang.namun saat ini ,sepasang mata bundar ini tidak lagi memberiku ketenangan itu, tapi memberi tahuku bahawa di dalam hatinya ada secalit luka .
 ”di, maafkan aku, selamat tinggal” aku bingkas bangun dan melangkah lesu.
“ di, maafkan aku,aku bukannya segaja ,tapi kau yang memaksa aku ” hatiku berbicara sendirian .terasa manik- manik kecil jatuh ke bumi, tanpa menoleh aku menjauhinya.aku nekad.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Wan zabidi lesu di pembaringan. ,matanya degil.fikirannya menerawang jauh ke peristiwa tadi.
“aku harus lakukan sesuatu “kata hatinya. Mesti.
“kring, kring….”deringan telefon bimbitnya menggangu kelesuannya itu.lambat dia menyambut telefonnya itu.di skrin telefonnya terpampang satu nama’sahila’.nama yang cukup dikenalinya.namun ,peliknya  dia menekan punat off. Dia kembali memikirkan peristiwa tadi.fikirannya kini kusut,bermacam –macam difikir , akhirnya dia terlelap dalam kekusutan itu.
Bagi sahila pula. dia merasakan ada sesuatu yng sedang berlaku .zabidi tidak menyambut pangilannya .selalunya tidak begitu.ada debaran dalam hatinya.
“nur dah fikir masak – masak ke?”soal abah.aku merenung sepi dinding kamarku.
“Ya abah. Nur dah fikir dalam –dalam perkara ini dan nur tak menyesal dengan keputusan ini.Cuma sekarang  terpulang kepada abah dan mama.
“baiklah nur .terpulanglah kepada nur .kami ikutkan sahaja kemahuan nur .jikalau ini yang terbaik buat nur. Ayah bangga dengan . nur pandai menghadapi saat- saat genting ini
Keesokan harinya wan zabidi bersiap- siap.hari ini dia harus lakukan sesuatu.harapannya tinggi menggunung.dia harus berbincang dengan ibu bapa nur tentang pertukaran ini. Dia sayangkan nur , dia tak sanggup kehilangannya, rasanya tak sanggup. Dari sekolah rendah sehingga sekarang dia bersama dengan nur dia telah menggangap nur seperti adiknya sendiri.
Dia disambut mesra oleh ibu nur.dia tak pasti betulkah tindakannya ini.dalam ragu ,dia menapak ke ruang tamu itu.
“di duduklah dulu,nanti ,mak cik panggil nur”kata salmiah.dia kenal benar dengan wan zabidi.malah dia sudah masak dengan perangai pemuda didepannya ini.
“er.. mak cik tak payah panggil nur tak pe mak cik.saya datang ni bukannya nak jumpa dia, tapi…”kerongkongnya terasa disekat.payah benar dia ingin menyatakan tujuan sebenar kedatanganya ke situ.
“ tapi apa di?”Tanya salmiah. Dia tiba-tiba penasaran.biasanya kedatangan pemuda dihadapannya hanyalah untuk bertemu dengan anak gadisnya.
“sa..saya nak berjumpa dengan mak cik dan pak cik.”akhirnya dapat juga dia menyuarakan hasratnya yang sebenarnya.
Salmiah dilanda tanda tanya.”dengan mak cik?”tanyanya dengan perasaan terkejut.
“ya mak cik ,ada perkara yang perlu saya bincangkan dengan mak cik dan pak cik”jelas wan zabidi.matanya tak lepas daripada memandang puan salmiah.ada getaran dalam hatinya.
“pak cik kamu tak de,wan. Dia ke Bandar,ada kerja katanya.”
“ooo.. tak pelah mak cik.”katanya.namun nadanya sudah berubah.sedikit kecewa.namun dia takkan berputus asa.
“apa sebenarnya kamu nak bincang dengan kami?”soal salmiah.
“er..”dia kelu.tak tahu dari mana harus dia mulakan.fikirannya buntu.
“kenapa wan?”salmiah terus mendesak. Dia jadi tak sabar.
“ sebenarnya mak cik  wan nak bincang pasal perpindahan nur.”mendatar katanya.
 Salmiah hanya mendiamkan diri.dia tak tahu apa yang harus diperkatakan.keputusan telah diambil dan segala urusan perpindahan telah dilakukan.
“mak cik, tak boleh batalkan saja perpindahan ini,tak bolehkah pak cik tak bertukar ke perlis?”soal wan zabidi bertalu –talu.hatinnya sedih dia sayangkan nur.
“maafkan mak cik wan.segala persiapan telah siap.hanya tunggu kami berangkat ke sana. Mungkin dalam minggu ini.tak mungkin kami batalkan lagi pula..,”bibirnya tersekat.kalau ikutkan hati ingin sahaja dia mengatakan yang sebenarnya tetapi mengingatkan janjinya pada nur dia terdiam. Dipandang sepi wan zabidi didepannya.
“kenapa mak cik?”
“eaa.. tak de apa-apa.wan banyakkan bersabar ye,kalau panjang umur dan kalau diizinkan Tuhan,kita akan betemu kembali .usah sedih, suatu hari nanti wan dapat bertemu dengan nur.”kendur suaranya.dia mengalihkan pandangannya.tak sanggup rasanya melihat wajah sugul wan zabidi.
     Selepas itu wan zabidi pun meminta izin untuk pulang ,dia kecewa  kerana tak dapat menghalang perpindahan sahabat baiknya itu.dengan air muka yang keruh,dia melangkah longlai meninggalkan ruang tamu itu.
“kau tak mengerti wan…….”bicara hati nur sendirian di hujung anjung rumahnya.dia tak mampu untuk berhadapan dengan wan.dia takut hatinya dipagut kesedihan apabila melihat wajah sugul temannya itu.baginya wan zabidi lebih daripada seorang teman…………………….

****************************************************************************************************
          Peperiksaan sijil pelajaran Malaysia hanya berbaki empat bulan je lagi.dia kini sedang giat mengulang kaji pelajarannya.dia tak mahu gagal dalam pelajarannya.cukuplah sekali dia tumbang dalam mainan perasaan.mungkin dia yang syok sendiri.
“ hai, boleh saya duduk kat sini?”
Khayalanku lenyap.aku berpaling kepada seraut wajah tenang dia hadapanku ini.
“er… duduklah saya tak kisah lagi pula saya dah nak pergi,dah tiba time sejarah nanti kalau saya masuk lewat kena marah dengan cikgu zakaria.awakkan tahu macam manakan cikgu tu?”lantas aku berlalu pergi.
       Mohd khairul Hariri hanya mampu memandang sepi pemergian gadis yang baru ingin dikenalinya itu.sudah hampir seminggu dia cuba mendekati gadis itu, tapi dia gagal.kedatangan gadis itu telah mencuit hatinya. Setelah dia dikecewakan oleh laila faizah,pengarang jantungnya suatu ketika dulu.entahlah apa yang ada pada gadis itu sehingga dia jatuh cinta lagi untuk kali keduanya.walaupun dia tahu akan risikonya.
Kring..kring….
Hariri tersentak.dia bingkas bangun dan mengayun langkahnya kelasnya di bangunan ar-razi.sebentar je lagi pelajaran biologi akan bermula.

***************************************************************************************************

Wajahmu kerapku mimpi
Wajahmu seringku puja
Buatku terasa sepi
Saatku bukakan mata
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak pegang
Cintamu kelakku mimpi
Cintamu seringku damba
Buatku terasa sedih
kalaku buka mata
Kau masih belum pun ku dapat

Lagu nyayian spider ‘bila nak saksi ‘ menjadi halwa telingaku.tiba-tiba tubir mataku mengalirkan air mata.bila menghayati lagu tersebut,aku teringatkan wan zabidi,lirik lagu seakan-akan sama dengan gelodak perasaanku pada dia.ah, dia…...
Dirimu kerapku mimpi
Dirimu seringku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
         Wan kenapa kau masih tak megerti akan perasaanku padamu?kenapa kau harus memilih dia? Kau sepatutnya mengerti dan memahaminya walaupun aku tak pernah meluahkan..tapi kau.argh..
        Akhirnya aku lena dalam gerimis airmataku.malam itu aku mimpi lagi tentang dia.kenapa begitu sukar untuk aku melupakan?
      



****************************************************************************************************


“hei, kenapa nie?ila tengok seminggu nie wan asyik muram je,kenapa nie…kalau wan ada masalah ceritalah kat ila mana tahu ila boleh bantu wan selesaikannya.”
“tak ada apalah ila,wan okeylah”lemah suara wan zabidi.dia masih sedih dengan kehilangan sahabatnya itu.
“wan jangan nak tipu ila,mesti ada sesuatu yang sedang wan fikirkan,kalau tidak masakan suara wan begitu lemah.wan,ila bukannya baru kenal wan sehari dua je tau tak,dah hampir lima bulan dari awal ila bergelar pelajar disini.cakaplah apa yang mengganggu fikiran wan sekarang ni,kita kongsi ..”kata sahila lagi .dia pelik, selama dia berkawan dengaan wan zabidi belum pernah dia melihat dia begitu.sejak akhir-akhir ini wan zabidi selalu termenung dan dia jarang-jarang menelefonnya.lain benar….
“tak ada apa-apalah ila, okeylah ila wan masuk dulu ya,masa rehat dah nak habis nie,wan pergi dulu,bye….”
      Sahila tergaman seketika.pelik.belum pernah lelaki yang dikenalinya itu bersikap sebegitu,adakah disebabkan perpindah izz nurailiz,teman sekelasnya se inggu yang lalu?dia buntu.setahu dia nur hanyalah sahabat sahaja pada wan zabidi tidak lebih daripada itu,lagipula wan sudah pun meluahkan isi hatinya padanya  sebulan yang lalu.sukar benar dia memahami sikap kekasihnya itu.akhirnya dia mengayun kakinya ke kelas.

“auch!”
“sori, saya tak sengaja”
“tak pa,saya tak apa-apa”lantas izz nurailiz membongkok badannya mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai.
“biar saya tolong..”
“tak pa saya boleh mengutipnya sendiri”  Belum sempat bicaranya lengkap.percakapannya terlebih dahulu dipotong.lantas dia hanya menjadi pemerhati.
    Setelah selesai memungut buku-bukunya,izz nurailiz pun melangkah laju meninggalkan pelajar lelaki yang tak dikenalinya itu.dia perlu cepat,sudah sepuluh minit dia terlewat untuk ke makmal biologi.argh…miss vanida pasti memarahinya,insiden tadi melewatkannya lagi.
 “er…..awak ini ….”Hariri pantas memanggil pelajar yang baru dirempuhnya sebe ntar tadi apabila melihat ada sebuah buku lagi yang berada di dalam longkang,mungkin pelajar itu tak perasan.laungan tidak bersambut,pelajar tersebut sudah jauh ke depan.dia menjeling jam ditangan kirinya itu,alamak dia dia sudah lewat,kerana takut akan kegarangan  cikgu zakaria dia berlari selaju mungkin untuk sampai ke kelas,dia akhirnya tak dapat mengawal lariannya lantas merempuh pelajar perempuan tadi.pelajar itu jualah yang mengganggu ketenteraman jiwanya.pelajar tersebut juga telah membuka pintu hatinya yang telah tertutup untuk sekelian lamanya.
             “buku apa ni ya”dirinya berkata sendirian,di kulit hadapan buku itu tertulis izz nurailiz, kelas 5 dinamik. “jadi, namanya izz nurailizlah ya,sedap.”desis hatinya.kerana rasa ingin tahu,dia lantas membuka buku tersebut.lembaran pertama tercatit ‘dierizasyirnaazmi’.dia tetanya-tanya,apa maksudnya perkataan yang baru pertama kali dibacanya.dia kemudian menyelak lembaran seterusnya.

      Di , aku tak tahu kapan rasa ini hadir dalam diriku,tapi sejak kehadiran pelajar baru itu hati aku jadi tak tenang .seringkali hatiku dihambat rasa cemburu tatkala  melihat kemesraan antara kau dengan dirinya.di.bukannya aku tak berusaha untuk menghakis segala perasaan cemburu itu, tapi aku gagal, aku tak mampu .dan saat  itu barulah aku tahu dirimu yang aku cinta.kau bukan sekadar sahabat baikku ,tapi kau juga adalah orang yamng telah membuka pintu hatiku untuk seorang lelaki yang ber nama kekasih.maafkaan aku kerana tidak bisa memegang janji kita untuk tidak jatu cinta sesame sendiri.aku tewas dengan segala kebaikan yang telah kau berikan padaku…….

   “diari rupanya”bisik hati kecil Hariri apabila membaca halaman yang agak ketengah. “eh.apa aku ni tak baiklah”katanya
“tapi aku sudah membaca,alah alang –alang dah baca,bacalah semuanya.”kata hatinya lagi.lantas menyelak lagi diari itu.

         Di,maafkan aku kerana terpaksa mengambil keputusan itu. Fikiran aku buntu di.tiada jalan lain yang hadir dalam kepalaku  pada saat ini hanya  itu sahaja..maafkan aku.aku tak sanggup menahan derita melihat kemesraan yan terjalin antara kau dan dia.tambahan pula hatiku hancur apabila kau menanyakan pendapatku tentang dia dan aku kata kau akn mencurahkan isi hatimu pada dia. Kau kata kau cinta dia,betapa hancurnya hatiku apabila aku mendengarnya daripada mulutmu.aku sayang kau.aku cinta kau di, tapi aku tidak bisa untuk meluahkannya.aku tak mampu…….aku sudah berlagak biasa didepan kau dengan dia seolah olah tiada apa-apa yang berlaku antara kita. Selama sebulan alu menanggung rasa .tapi aku tak bioleh  di…yang nyatanya aku cmburu melihat kau dengan dia.hatiku sakit di.sekali lagi aku minta maaf  atas keputusan yang telah diputuskan olehku.aku tahu kau kecewa dengan keputusanku untuk berpindah sekolah memandang zaman kita untuk bergelar seorang pelarjar hanya tinggal lima bulan je lagi.aku tahu kau ingin menghabiskan zaman sekolah ini bersama aku. Teman   yang kau klenali dari bangku sekolah  lagi,kita bagaikan isi dan kuku.tapi apa dayaku untuk menahan gelodak peraan ini.aku tak sanggup di.aku relakan kau seandainya kau bhgia bersama dia,biarlah aku yang pergi membawa hati yang lara ini.atas alas an mengilkut bapaku bertukar akhirnya aku terpisah jua dengan dirimu.ibu dan bapaku dapat memahami.sebenarnya bukan bapaku yang kena bertukar tapi aku yang mintanya untuk memohon  pertukaran  tempat kerjanya.dia dapat menerima alasanku.maafkan aku…….

“oh……….itu sebabnya dia  bertukar ke sekolah ini.patutlah aku tengok muka dia muram je.asyik termenung je,rupanya dia baru dikecewakan”Hariri berkata sendirian.  “tak baik aku baca diarinya”kutuknya untuk dirinya yang kejam membaca diari orang lain.lantas dia menutupnya dan berhajat akan memulangkan diari tu pada keesokan harinya.
“tapi siapa ‘di’ itu?ingin sekali dia berjumpa dengan orang itu”dirinya tertanya sendirian.akhirnya dia terlelap dalam dengan seribu persoalan yang berlegar di fikirannya.

“aik,mana pula perginya diari kesayangan aku nie?”keluhnya sendirian apabila sudah puas dia mencari diari kesayangan itu.dia tidak pernah berenggan dengan diari tersebut. Segala peristiwa yang berlaku pasti dicatat olehnya dalam diari itu tanpa mengira ianya manis  maupun pahit.segala tentangnya ditulis dalam diari itu dan sebentar tadi baru terdetik di hatinya untuk mencoretkan tentang kemalangan yang baru berlaku lewat tengahari tadi.tanpa disangka olehnya dia dirempuh kuat oleh seorang pelajar lelaki yang belum dikenalinya.dia cuba mengelak .tapi sayang tak sempat…….dan akhirnya habis buku-bukunya tercampak ke lantai kaki lima itu. “jangan-jangan diari aku tertinggal kat situ?alamak!malunya aku kalau orang menjumpainya membacanya,tapi agak-agak siapa ye?”izz nurailiz mula berdialog sendirian.tiba-tiba dia dilanda resah,dimana dia harus  mencari diarinya dan bagaimana dia akan dapat kembali diarinya  itu?.......................................

    Keesokan harinya,kegembiraan yang bermain dihatinya disentap apabila matanya menatap seorang gadis yang sedang melilau mencari sesuatu dikaki lima.dia mengukir senyum.dia tahu apa yang dicari oleh gadis itu,dia memandang buku yang kini berada dalam genggaman tangannya itu.kemudian dia mengayun langkahnya ke arah gadis itu.
“hai,awak cari apa? Boleh saya tolong,”katanya pura-pura tidak tahu sambil menawarkan pertolongan disertai senyuman manis yang terukir dibibirnya.
Aku tersentak.aku memandang sekilas kepada  tuan punya suara itu.seingat aku bukankah lelaki ini yang merempuhnya kelmarin.
“tak apa, saya boleh cari sendiri”kataku sedikit kasar.malas nak layan,
“awak cari ni ke”kata Hariri sambil mengunjuk buku yang berada ditangannya itu.sambil memandang ke arah gadis itu dan melontar senyuman.lansung dia tidak terasa hati dengan jawapan yang keluar daripada bibir mulus gadis dihadapannya.
Sekali lagi akumemalingkan muka memandang lelaki itu.aku terkejut.macammana diari aku boleh berada ditangan lelaki itu?aku tertanya sendiri.
“er…..mana awak dapat buku tu?”kataku perlahan –lahan.rasa serba salah apabila teringatkan bahasaku yang agak kasar sebentar tadi.
“kelmarin  selepas saya langgar awak,saya ternampak buku ini dalam longkang itu,saya mengambilnya dan cuba memanggil awak tapi awak tak dengar jadi saya ambil dulu dan bawa balik rumah”kata Hariri panjang lebar serta dengan gaya sekali.
“oh..camtu,thanks”aku cuba mengapainya dari tangan lelaki tersebut  tapI dia mengelak.
“bagilah buku tu kat saya”kataku separuh merayu  apabila  dia masih belum ingin memberikan diariku.
“saya boleh bagi kat awak, tapi dengan satu syarat”
“apa syaratnya?”
“awak kena terima kalau saya ingin membelanja awak masa rehat nanti sebagai tanda saya  ingin memohon maaf atas kejadian kelmarin,macam mana?”
“er…”aku ragu-ragu.
‘”awak nak tak buku awak nie………”kata Hariri seakan –akan mengugut.aku tida pioihan terpaksa terima pelawaannya itu.
“baiklah”
Lantas dia meninggalkan aku sendirian.melongo aku melihat reaksi lelaki yang baru aku kenal itu.
     Sepanjang sesi pembelajaran aku hanya termanung.fikiranku masih dihantui oleh peristiwa tadi.segala macam persoalan muncul dalam benakku.satupun ilmu yang diajarkan oleh miss vanida tidak masuk dalam otakku.akiu bimbangkan apa yang akan terjadi sebentar lagi.aku takut untuk berdepan dengan seorang lelaki setelah apa yang telah berlaku dulu.aku serik untuk berkawan dengan lelaki kerana aku takut ianya akan memakan diriku pula.cukuplah sekali…….
“nurailiz….nurailiz…”
Aku kecundang dalam per……..
“nurailiz!”
 “er …saya teacher?”aku tersedar dari lamunan, aku lihat semua pasang mata memandang kearah aku.aku jadi malu sendiri.miss vanida memandang tajam kearah aku.
“ulang apa yang saya katakan tadi”
“teachaer kata apa?”aku jadi bigung.memang aku tak tahu apa yang telah diajarkan oleh miss vanida sebentar tadi kerana  aku..
“itulah lain kali time saya mengajar jangan nak mengelamun tak tentu pasal!!faham???”marah miss vanida.
“yes te..echar.”kataku tersekat – sekat.semua pelajar dalam kelas 5 hafs tertawaka aku. “argh..aku malu”
“Kring..kring..”
  Loceng ber bunyi menandakan waktu rehat ber mula.aku resah perlukah aku pergi  ke kantin untuk memenuhi pe;lawaan dia?atau aku tak payah pergi?kalau aku tak pergi macam mana pula aku nak dapatkan kembali diari aku?....argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
       Hariri pantas mengayunkan langkah nya ke kantin. Dia tak mahu izz nurailiz menunggunya.setalah mendapat meja yang berada agak ke tepi dan  lebih tenang jaiuh dari kesesakan para pelajar.lama dia menunggu.gelisah.dalam genggamannya kemas memegang buku yang berwarna buku itu. Dia tersenyum sendirian.