Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

Alhamdulillah....

dingin dinihari menyapa lembut tubuhku...
gemersiknya riuh kicauan burung...
bertempiaran sang keluang tatkala cahaya fajar mula bersinar
di ufuk timur terbitnya bebola merah yang akan menyinari hidup setiap makhluk...
saat yang indah pasti akan hadir dalam hidup setiap insan...

31 December 1987....

keluh kesah seorang ibu akhirnya membawa kepada satu kemanisan lahirnya puteri yang di dmbakan olehnya..
di saat dia mengandungkan puterinya biarpun bermacam2 dugaan menimpa di teruskan juga, di tabahkan hati..agar permata hati mendapat tempat di bumi Allah ini..

hari berganti hari...tahun-tahun telah berlalu....puterinya kian membesar..meningkat dewasa perih jerih yang di alaminya dalam mendidik puteri2 hanyalah Allah yang tahu...kesedihan...kegembiraan bercampur baur...namun kasih sayang seorang ibu tak pudar walau sebesar zarah sekalipun....itulah ibu...

31 December 2011

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu...di atas nikmat kehidupan yang Kau anugerahkan kepadaku....
Terima kasih di kurniaan IBUBAPA yang mendidik aku supaya menjadi insan yang berguna...menjadi hambaMu yang taat...menjadi UMMAT Muhammad yang mengenali NABInya...menjadi KAWAN yang SETIA kepada SAHABAT...menjadi PELAJAR yang tahu menilai erti kejayaan TIDAK akan DATANG bergolek tanpa USAHA yang JITU....

UMMI.....
tiada kata yang mampu aku zahirkan sebagai ucapan terima kasih di atas setiap pengorbananmu...sepanjang tempoh yang aku lewati...ummi selalu di sisi...mendegar segala rintihan, rungutan dan celoteh ak yang sememangnya amat memenatkan....

UMMI
terima kasih di atas jasa mu mendidik aku sehingga aku terlakar sebegini...
terima kasih di atas masa2 mu yang kau sanggup gadaikan untuk menjaga kami adik beradik...
terima kaih di atas setiap nadi mu yang kau sanggup pertaruhkan demi masa depan kami...
terima kasih di atas nasihat dan amarahmu yang membuatkan kami sedar bahawa dunia hari ini penuh dengan dugaan...
terima kasih kerana menerima aku sebagai anakmu pabila Allah memberimu pilihan....

AYAH
terima kasih di atas setiap keringat yang kau bazirkan untuk kami...
terima kasih di atas nasihat dan amarah mu dalam mendidik kami untuk menjadi insan yang terbilang...

UMMI & AYAH....

terima kasih untuk kasih sayang yang tiada penghujungnya...





Jumaat, 30 Disember 2011

Pagi jumaat yang indah...

Assalamualaikum.....ermmmm Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi ana peluang untuk bernafas pada hari ini...hari ini 30 december esok genaplah umur ana 24 tahun...subhanallah tanpa ana sedari lebih 2 dekad ana hidup atas muka bumi ini....
esok yang menanti menjanjikan satu lagi episod dalam kehidupan...
tapi episod hari ini sudahkah selesai? tamat? tidak semudah itu....kehidupan realiti tidak seperti kisah2 dalam drama yang yang di siarkan di kaca tv...hakikatnya terlalu perit untuk kita ketahui kesudahan episod dalam hidup kita...
mungkin ianya tidak susah bagi mereka yang memiliki...tapi bagi mereka yang tercari2 adakah ianya sesuatu yang mudah untuk di sudahi...

ana bukanlah sesorag yang bebakat dalam menulis naratif2 yang indah untuk tatapan setiap orang namun minat ana terlalu dalam...mungkin ianya terbias dari ummi ana yang satu ketika dahulu seorg penulis cerpen & scrip drama...ermmm sukar untuk di tafsirkan ada minat tp tidak berbakat...itu adalah tanda Kekuasaan Allah...

Di pagi yang indah ini....di saat ana buka buku untuk study....aduiii kenapalah malas sgt ni???...buka je buku rasa mengantuk..laa, alamk baju tak basuh lagi..aishhh macam2...ingatkan nak pergi library..tapi cam malas pulak...lgpun hari ni hr jumaat..semakin la malas...xpelah study kat rumah jelah...alih2 lepas bace paper onlline ermmm update diary lah jap...entah2 papelah ana ni....ok take time...

oh yaa...ana sekarag tengah berusaha untuk habiskan novel warkah cinta berbau syurga karya ustaz ubaidillah...ermmm kelakarnya...macam out off date la ana ni...yelah orang lain dah berzaman baca novel ni dah siap bace sambungannya tapi ana baru terhegeh2 nak baca...huhuhu..... bukan ape ni baru ana berpeluang nak bace novel sebelum ni terlalu busy...ana pun xtau bz dgn perkara ape....tapi alhamdulillah ana berpeluang juga bace novel ni...novel yang sarat dengan pengajaran dan panduan untuk remaja2...

penulisan yang hebat dari penulis yang hebat....begitulah yang dapat ana  ungkapkan disini....sedikit masa dulu adik ana zahraa pernah bagitau ana " eh bacelah novel wcbs best tau.." ana jwb "yeke, xde masalah nantilah"...zahraa " rugi tau lau x bace"...ana " yeke rugi"...memang siapa yang tak bace novel ni memang rugi..tapi kalau yang baca novel ni dari kalangan mereka yang tidak cintakan ilmu agama apa yang mereka tahu...ana bukan pandai2 kata macam ni..tapi ianya hakikat...berbeza dengan bila pertama kali ana baca sinopsis kat belakang buku ni, hati ana berkata ana mesti baca novel ni...membaca sinopsis pun ianya dah membuat hati ana terkesan...
tapi bila tengok bahan2 hiburan cepatnya...." eh sedihnya bila dengar lagu ni...eh xleh lupalah citer 2... oh my God that story motivate me..." itulah masyarakat kita pada hari ini...ana tak nak kata lebih sebab ana pun tahu diri ana tidaklah baik sangat sebab ana pun tengok juga citer orang puteh, tengok juga citer korea, tengok juga citer jepun pendek kata semua ana layan.....itulah kehidupan....setiap kita ada kelemahan masing2....

justeru itu ana ingin ke arah yang lebih baik...biarlah tidak sesempurna mereka yang mendalami ilmu agama tapi biarlah lebih baik dari mereka yang jahil...ana ingin perbaiki diri yang semakin hanyut dalam arus kehidupan hr ini...

berbalik cerita tentang novel tadi...betapa indahnya akhlak Amir Mukhlis sehingga ana sendiri pun terasa Ya Allah...Kau kurniakanlah kepada aku insan sebaik Amir Mukhlis....untuk menjadi khalifah dalam hidup aku untuk membimbing aku ke syurgaMu...untuk mengajar aku Erti sebuah kehidupan...untuk bersama2 aku menengakkan AgamaMu...untuk aku menjadi Muslimat yang mulia di pandanganMu...supaya aku menjadi wanita solehah...." itulah yang dirasakan oleh Wardah di saat Allah menghadirkan perasaan itu kepadanya....

tetapi layakkan aku???

semua orang berkata " lelaki baik untuk wanita baik" sejauh mana takrifan itu???
baik macamana? adakah dengan hanya bertudung..solat 5 waktu, puasa itu sudah di kira baik???
atau mereka yang menpunyai akhlak yang baik...??? sukarnya untuk menafsirkan maksud baik itu...
terkenang pula waktu ana belajar di sekolah dulu....bila orang tanya maksud sesuatu perkara ana mesti tanya balik...ermmm nak dari segi ape? lughah or syarak...kelakar betul semua nak ikut dalam kitab tapi itu lah environment and moment indah pelajar sekolah agama....dan bila sesuatu perkara berlaku atau hendak di lakukan...mesti ada dalil yang menyokongya...baik aqli mahupun naqli....indahnya....Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah berikan ana sesuatu yang terlalu bermakna dalam hidupku sebagai hambaMu...

ehhh...sambung lagi tentang novel tadi...ermmm bila baca novel ni, ada bahagian2 yang penulis ketengahkan itu seakan2 terkena dengan diri ana...yelaaa nama pun cerita tentang pelajar2 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan.....mestilah enviromentnya seakan2....masa ana sekolah dulu...pantang bila ada pertandingan nasyid...hahaha...kelakar lakss..mane tak nya...mesti sibuk nak skodeng pelajar2 lelaki sekolah lain...itulah kami pelajar2 perempuan...tapi bukanlah kami mengofferkan diri..cuma sekadar tengok dari jauh..nak2 lagi bila pelajar2 dari maahad muhammadi...maklumlah mereka kan pelajar2 pandai....( opsss nak cari yang pandai tp x sedar diri)...tapi betul bila baca novel ni ana rasa ana kembali ke zaman ana bersekolah dulu...and ana dapat mengetahui oowhhh macam tu kehidupan mereka kat Mesir..kawan2 ana ramai yang belajar kat sana....jeng2 jangan tak tahu, cita2 ana dulu pun nak sambung belajar kat mesir juga...tapi bila ummi tak bagi ana terimalah mungkin bukan jodoh ana nak belajar kat University paling femes kat dunia..ana redha..tapi dalam redha ana mengamuk juga...hehe.. nak macam mane ana mengamuk...

after dapat result spm ana apply semua universiti kt malaysia...ummi tanya tak nak ambil STAM ke??? ana jwb, ambil wat gapo bukan bleh g mesir pun...ummi kata lagi ambil stam x semestinya g mesir, boleh je msuk u kt malaysia ni....tapi ana malas nak fk dah..bila dapt tawaran ke uitm ana terus terima...tanpa fikir panjang...ermmmm dan akhirnya ana cm menyesal plakss...huhu..bg ana dulu tiket nak ke mesir adalah stam...tapi biarlah semuanya dah menjadi kenangan dan ianya dah berlalu hampir 6 tahun...mungkin ada hikmahnya...hanya Allah yang tahu keupayaan setiap hambaNya....

Masyaallah panjang pula ana berceloteh yang xde faedah ni...ermmm ok laaa nak sambung study pulakss...insyaallah lau ada masa bleh sambung lagi...



Rabu, 28 Disember 2011

Subbhanallah...adakah ini pertanda dariMu???


ni gambar kat pantai irama....sampai g2 sekali...
ermmm kat sini la ana n sahabat baik ana marni selalu berjumpa..mar suka sangat tengok permandangan pantai...kdg2 kami keluar picnic dengan famili mar..




tak sangka...inilah kekuasaan Allah swt...


ni pula kat dungun...terkejut ana tengok keadaan kat dungun..sedih pun ada..yela di sana satu ketika dulu tempat ana bermain..selepas stress nga stdy...tp sekarg semuanya hilang sekelip mata...xde lagi pantai yang mendamaikan...Ya Allah janganlah Kau hilangkan Uitm Dungun di mataku..kerna di situ tersimpan berjuta kenanganku tanda bermulanya diriku bergelar Mahasiswa......


Ahad, 25 Disember 2011

Mencari keteguhan iman yang semakin pudar harumnya...





petang tadi bila ana buka fb...ana tertengok gambar2 ahli2 usrah imtiaz yang buat xtvty mereka kat pantai...ermmm ana tiba2 rasa sayu, sedih yang tidak dapat di gambarkan dengan kata2...betapa kuatnya..teguhnya ikatan kasih dan ukhwah yang terjalin di antara bait imtiaz...Subhanallah ana begitu terkilan kerana ana tak dapat nak jaga usrah sakinah sebaik2nya....

kami anak2 usrah as-sakinah entah kemana halatuju kami selepas masing2 melanjutkan pelajaran...di hambat kesibukan sebgai mahasiswa mugkin jua kekangan masa yang menghantui...namun itu tidak boleh di jadikan sebgai alasan...bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak maka seribu dalih yang diberi...

Ana akui...dalam ramai2 ahli bait ana yang hilang tanpa khabar berita...ana yang menyendiri...masa mula2 ana masuk uitm...adalah sekali dua bila balik ana akan ke sekolah dan tanya kalau ada majlis2 yang melibatkan ahli bait...tapi sekarang bukan setakat nak ikut serta dalam program tapi tanya khabar ummi sa pun ana jarang2...ohhhh bukan jarang tapi memang ana senyap terus...malu sebenarnya...

dulu ana ingat lagi tiap kali pergi ke sekolah bila cuti semester ummi sa akan cek ana punya tudung labuh...ermmm nak tengok sama ada tudung ni ana sentiasa pakai or masa nak datang sekolah baru nak pakai dengan kata lain nak tengok ada bau almari ke tak...Subhanallah begitu sekali ummi ingin menjaga anak2nya...
tidak mahu anak2nya terus hilang di buai arus kehidupan yang semakin menyesatkan.. ( rindunya pada ummi sa)....

Kemanakah menghilang ahli bait usrah as-sakinah...????

ana masih tercari2...kasih yang tersemai dulu kemana hilangnya...
dimanakah ahli2 usrah yang ana cintai....
rindu di hati ini semakin membuak2...pada siapa harus ana luahkan???


Betapa ana cemburu melihat usrah imtiaz yang begitu teguh kasih n sayang d antara mereka...
betapa ana cemburu melihat keakraban mereka...

dan sampai saat ana tertanya2 kenapa Allah mentakdirkan ana keluar dari jalan yang Allah Redhai iaitu ana menjauhi dr bidang agama...kenapa Allah meletakkan takdir ana menjadi pelajar perakaunan bukan pelajar bidang keagamaan...kenapa ana perlu melanjutkan pelajaran di uitm bukan di usim...bukan uia seperti cita2 ana dahulu...???

Setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya....tanpa ana sedari...mungkin manis pahit itu adalah ujian dr Allah untuk lebih kuat..lebih tabah dalam menjalani liku2 hidup sebagai pejuang di jalan Allah..sebagai Mujahidah yang akan menegakkan agama Allah...

Tersedar ana dari mimpi yang panjang...Yaaa...ana akui ana mesti mencari jati diri yang semakin hilang...di mana ana bermula dan mengapa ana harus bermula sedemikian rupa...jalanan yang masih lagi panjang dan penuh dengan liku2 kehidupan yang tiada siapa tahu kesudahanya....

Lautan yang terbentang luas punyai berbagai2 cerita..kisah hidup setiap manusia...
Langit yang terbentang indah punyai pelbagai tafsiran kisah setiap manusia...
Bumi yang terhampar menanti berjuta rasa kisah setiap manusia....

terkenang saat2 indah menjadi pelajar Maahad Yaakubiah....
betapa ana merindui saat itu...tetap segar dalam ingatan dan sanubari...

di penghujung persimpangan....

Alhamdulillah tinggal lagi beberapa hari untuk kita mengakhiri tahun 2011 bg tahun masihi..
dan  bulan muharram juga ingin melabuhkan tirainya...begitu cepat masa berlalu tanpa kita menyedarinya...

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kesempatan untuk ana terus bernafas di muka bumi ini...

Alhamdulillah juga kerana hari ini ana mempunyai masa untuk melakar sedikit cerita dalam blog y tak seberapa ini...

Subhanallah...begitu indahnya aturan Allah...ana macam tidak percaya yang ana semakin menghampiri saat di mana ana mesti akui yang hidup ini mesti ada matlamat yang jitu, seiring dengan usia yang kian meningkat ana sedar yang tanggungjawab ana sebagai anak semakin di tuntut....biarpun tanpa sebarang kata2 dan ucapan dr umi & ayah namun ana tahu ianya sudah sepatut ana melaksanakannya tanpa di pinta...

Tanggal 23 December telah berakhirnya semester ini..bermakna ana ada lagi 3 semester untuk ana teruskan...rasanya macam lama lagi..tapi masa itu seperti pancaran kilat...ia berlalu tanpa kita menyedarinya...

4 januari 2012...

My first paper for final exam...OMT 429...maka bermulalah peperangan ana di medan ilmu untuk menjulang sesuatu yang bermakna dalam kehidupan yang serba daif ini...

second paper AIS 630...
3rd ppr Far
4th ppr psa... dis sem ana ambil 6 sbjek n only 4 ana must struggle for de fnal...ana hope ana will go through on that n make a better result to show off to my parent...insyaAllah...pss my english teruk sgt..nme je student uitm.. 


                                                                     End my exam schedule.....







Doa Menghadapi Imtihan
·        Membaca al-Fatihah dan dihadiahkan kepada Rasulullah.
·        Ingat di dalam hati meminta kepada Allah supaya…

أَسْتَـغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا    70x
(1

يَا لَطِيفُ    100x
(2

يَا فَتَّـاحُ يَا وَهَّابُ 25x
(3

رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ يَا كَرِيمُ  25x
(4


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّـكَ فَارْغَبْ (8)   3 - 8 kali

 (Al-Sharh 001-008)



(5



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
ِلإِيلـٰفِ قُرَيْشٍ (1) إِﺣ لـٰفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّـتَآءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَـٰذَا البَيْتِ (3) الَّذِى أَطْعَمَهُم مِن جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِن خَوفٍ (4)
 (Quraish 001-004) 3 atau 8 x



(6




رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْـلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي وَزِدْنِى عِلْمًا وَفَهْمًا وَارْزُقْنِى نَجَاحًا فِى التَّعَـلُّمِ وَالإِمْتِحَانِ 3 kali


(7























































































1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
2) Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan:
(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: “Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu”
3) Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan:
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3X
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa”
4) Doa memohon kejayaan cemerlang:
 (Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan)
(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)
Maksudnya: “Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh”
Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semoga mendapat kejayaan dariNya.
PERSEDIAAN MENTAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Malam Peperiksaan 
1.  Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2.  Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3.  Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
1.  Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2.  Jangan lupa bawa kad pengenalan, slip peperiksaan anda.
3.  Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4.  Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.  Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.  Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.  Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.




dan satu lagi....dulu masa ana ambil diploma lecturer ana iaitu puan Rasyidah selalu pesan baca yasin di antara maghrib dan isyak...banyakkan solat hajat..Tawakal kpd Allah setelah kita berusaha...InsyaAllah segalanya akan menjadi milik kita.....